Sunday, February 12, 2012

Cenderawasih

Cenderwasih

Cenderawasih

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Pandanglah hamba si gagak hutan
Sebelah mata pun hamba tak terkilan

Cenderawasih burung kayanganTuanku putih kilau keemasan
Adumu bercadarkan pintalan gemawan
Tidur hamba beralas reranting hutan


Tak hamba terkelindan sayap dipatahkanTak hamba terkilan telur hamba dipecahkan
Hamba akur dengan suratan
Hamba akur dengan kehendak Tuhan
Hamba akur berketurunan bermandi hinaan
 Cenderawasih burung kayangan

Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan


Penat hamba menanam ubi
Ramai berladang nenas di seberang
Penat hamba menabur budi
Emas jua dipandang orang

Orang cina menghisap madat
Duduk di bangku berkain chukin
Hina besi kerana berkarat
Hina manusia kerana miskin

Cenderawasih burung kayangan
Tuanku putih kilau keemasan
Kau pinta didodoikan rintikan hujan
Ku mampu rintih senandung kedukaan

Aduhai cenderawasih pintamu keterlaluan
Kau inginkan hamba kalungkan bulan
Kau kepinginkan kerabu dari bintang berkerdipan
Kau dambakan rantai untaian buih lautan




Thursday, August 26, 2010

5 Entry



Ayam masak merah

Bahan-bahan

* 2 biji bawang besar-diblender
* 6 biji bawang putih-diblender
* sedikit halia-diblender
* 10 batang lada kering-diblender
* 1 biji bawang merah-di hiris bulat2
* kayu manis,bunga cengkih etc
* sebatang serai-diketuk
* 2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
* 1 biji tomato-dibelah 4
* sedikit kacang peas
* 2 sudu besar tomato puree
* daun ketumbar
* garam,serbuk perasa

Cara

1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

4 Entry




Lontong
Baha-bahan

8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering
4 cawan pati santan, asingkan bahagian atas santan dan ketepikan
Garam dan gula secukup rasa
¼ kg kacang panjang, dipotong 2 cm panjang

Cara

Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masak bahan tumbuk bersama santan di atas api sederhana. Masukkan garam dan gula secukupnya. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang, tauhu basah dan tempe. Selepas 10 minit, masukkan terung, nangka muda dan tauhu kering. Apabila semua bahan lembut, masukkan santan pekat. Kacau hingga ia mendidih sebelum diangkat.

Saya suka makan lontong kerana ia enak dan boleh di makan dengan rendang daging.
3 keping tauhu basah, dipotong enam
4 keping tempe, dipotong 2 cm panjang
4 biji terung, dipotong dadu sederhana besar
3 keping nangka muda, direbus dan dipotong kecil
4 keping tauhu kering, dipotong enam

3 Entry


Makaroni Bakar

Bahan-bahan

250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti:

500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
? sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut


Cara

Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam
dan lada sulah.
Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut, lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.

Bakar didlm oven pd suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan

Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka

Sos Putih :

30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih:

Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur.
Kacau sebati ketepikan

2 Entry

Pantun hari kebangsaan

Hari kebangsaan hari mulia
Hari untuk semua bermesra
Semua orang rasa gembira
Untuk menyambut hari bahagia

Tentang Hari Kebangsaan

Bertahun-tahun 9 Ogos hari amat gembira untuk rakyat Singapura kita.Berapa hari yang lepas, hari Kebangsaan telah menyambut dengan lenkap.Bermacam-macam tarian menari di padang.Setelah itu, yang paling menggenbirakan untuk orang ramai,ialah bunga api yang sungguh berwarna-warni.

Wednesday, August 25, 2010

1 Entry

Pantun Hari Guru
Orang tua kita semakin tua
Kita pun akan tua juga
Marilah kita raikan guru
Dengan tepukan yang gemuruh

Karangan Hari Guru

Pada masa sekolah rendah dahulu,saya menyayangi guru sekolah saya.Dia ialah guru baik hati.Nama guru saya ialah Mr Ong,semasa dia menggajar,saya boleh paham dengan jelas apa dia ajar saya.Saya sangat suka dengan perangai dia.Saya sangat rindu dengan pelajanya.